Archive for Keluarga

Cantiknyaaaa

Semalam, balik keje terus ke shah alam. Janji ngan kak mezah dan kak mas nak pergi rumah kak zuraidah ghazali. Kat seksyen 7. Kul 5.30 aku dah terpacak kat tepi padang tu.. sib baik ramai orang lalu lalang.. hehehehe..

Tak lama, kak mas sampai… pastu kak mezah…  kitorang pun bergerak ke rumah kak Zuraidah.. dari luar je dah terpegun dengan bunga ala2 inggeris… Masuk2 aku tengok kak mezah dah melopong… wakakakaka

Aku dukung Kimi Raikonen tu.. tgh tak brp sihat dia.. siannn.. Sib baik dia nak dengan orang lain…  Aku beli tisu decoupage 3 lai… gambar? lupa nak amik…

Maghrib, aku bukak tv7. Ala Carte.. anak ND Lala dijemput. Sekali bab masak roti jala tu.. hancurrr.. Tengok berita, waaaahh.. kakitangan kerajaan pun dapat gaji 2 kali cam aku.. hehehehe

Malam ni cucuk lagi.. ni gambarnya

lepas cucuk, abang pergi keje.. ni last cucuk.. jumaat kena scan… minta2 ade ler…

gambar perut digam… ganti gambo lain ye.. wakakakakakaa

Khamis, tengahari.. kat wmc citer pasal Father’s Day..  nak citer kat forum tak sempat.. tapi sebagai menghargai pengorbanan abah.. aku buatkan page khas untuk abah.. nak baca kena selak page title Abah.

 

 

 

Comments (1) »

LPPKN…5 Jun 2008

Aku kat cybercafe ni..

pagi tadi, tgh gosok baju.. call kak ana. Bg tau aku cuti. Lupa nak bg tau dia semalam. Malam tadi kak ana call gak soh isi minyak.hahahha, aku pun tak isi.. nak ngisi keta org… kena beratur panjang2 pulak tuu.

Pukul 7.30 bertolak dari rumah. Sampai Petaling jem teruk. huhuhuhu… rupanya ade accident, bomba tgh usaha nak kuarkan mangsa kemalangan.

Sampai LPPKN KL, cari parking sampai P6.. bawah sekali.. ingatkan ramai orang.. rupanya tak.

Dah lama tak pergi , sampai aku lupa tingkat brp bahagian tu… hahahhaha.. Tingkat 6! ade pun.

Tekan nama dr abd Ghaffar, kuar no 004. Kepilkan ngan kad. letak kat meja tu.

Tak lama, dipanggil. Nurse tanya tu tanya ni.. dia suruh aku ngan edi duduk kat satu sudut. Tunggu dipanggil..

Abang tgk hero superman..

Bosan menunggu sambil memandang envelope x-ray (HSG) aku..

Lepas 1 jam baru nama dipanggil. Dr tu hensem. lelaki ler maknanya. OOooo… maknanya lebih ramai pakar sakit puan lelaki ye… hahahaha..

Dr tu jelaskan le… itu ini… dia soh ambik pil ngan injection. lepas setengah jam aku kuar dari bilik dokte. Nurse tu suruh amik ubat kat farmasi. Pastu bayar 314 hengget…. wow!!…

Pastu gi jumpa Nurse satu lagi… kakak ni ramah. dia ajar aku cucuk sendiri..

3hb sampai 7hb makan clomid..2 biji sehari. 5hb, 7hb, 9hb kena injek sendiri.. uwaaa…kakak tu tanya.. nak injek sendiri ke, gi klinik? tak sakit ke? tanyaku… takut.Takde, beso lagi jarum ko amik darah hari tuuu… kakak tu laser…Akak ajar ye.. sib baik dia pandai pujuk.. kalo idak.. punyalah halus jarum tu…. lepas tu aku ngan edi pun balik..

Kalo ok.. 13hb kena datang balik scan.. kalo semua ok.. 16hb buat IUI… bayar lagi 4 rat…aku tanya edi boleh ke? edi kata.. takpe.. duit boleh cari… senang hati aku. Oklah.. nak gi urut pulak…

babai….. with love… 

Leave a comment »

Pemergianmu ditangisi..

Ahad tu macam rasa ade suatu rasa yg tak sedap… Dari hari jumaat bekalan air kecik kat dapur. Ruangan depan semua ade air.. masuk hari ahad, semua air takde.. aku pelik. Takkan lah pasal aku tak bayar bil dalam 50 lebih dah kena potong. Mati2 aku tegaskan kat edi… takkan lah kena potong bang.. edi kata.. tasya tak bayar2 ni lah.. aku kata malas nak bayar RM6, RM7.. bayau sekali ler..

Aku pun melangkah keluar ke peti surat… mencari2 mana tau kot2 ade surat kuning ke, merah ke.. tgk tak ade pulak.. tetapi terpandang satu nota sepi di sudut yg gelap… aku tarik..

Alamakkk…. bil air kena potong.. dalam hati.. mampus aku kena marah ngan edi.. Lantas aku tunjukkan pada edi.. “Babang.. memang air kena potong ler…” edi merengus.. marah ler tuuu.

Tengahari tu edi call dari tempat keje, dia kata dia tak marah… geram je.. wakakakaka

Malam tu, aku ajak abang pergi K4, minum. Abg dapat panggilan tapi tak kenal nombot tu lantas merujuk aku.. Ooooo.. nombor telefon Aishah la.. Edi pun jawab. Baru sepatah dua kata.. Abg kata,bila?? dengan suara yang kuat.. Aku tersentak.. ape pulak kali ni… aku tanya kenapa bang, berulang kali. Seperti ade orang yang meninggal. Sebab pertanyaan edi menggambarkan perkara itu.

Edi matikan talian. Muka dia macam nak nangis tapi sempat meratah maggi goreng. Aku yang masih tak paham.. tanya lagi.. Nenek abang meninggal. Aku terkejut!

Nenek?? Edi cerita, nenek meninggal dengan takde siapa yang sedar. Cik Din ade kat rumah tapi ingatkan nenek tidur, bila cik sabariah nak kejutkan sebab nak bawa ke klinik.. baru tahu nenek tak ade..

Aku ajak edi balik. kemas2 beg dan bertolak ke meru.. ceh, macam jauh sangat kampung tuuu.. Sampai2, umah mak kunci, semua kat umah cik din. Umah cik din sebelah umah mak je.

Aku tgk, ramai kat sana.. semua anak, cucu2 lelaki nenek ade kat luar, yang perempuan di dalam menangisi pemergian nenek. Aku tgk Aishah ade di luar dan duduk di sebelahnya. Malam tu kami bercerita sampai pukul 1.30 pagi.. baru tidur.

Ni masa tgh borak2.. anak Aishah (biras aku), Iqmal.. belum tidur lagi.. kul 1.30 tuu

Pagi tu, lepas sembahyang subuh, aku terus ke rumah cik din. Mak Juli, Cik Pok dan Cik Siah ade. muka mereka iras wajah nenek membuatkan hati sayu. Nenek di baringkan di atas, masih belum dimandi dan dikapan. Menjelang pukul 9 barulah wakil masjid datang. Disiapkan semuanya.. dan ajar anak2 nenek mandikan nenek. Cucu2 nenek yang perempuan semua masih menangis.

Dikapan. seorang2 mengambil tempat mencium jenazah, yang paling sayu Cik Nor ngan anaknya zura, sebab mereka yang menjaga nenek. Aku dah start ciwek. Selesai, kain kapan hendak ditutup, Cik Nor segera mendapatkan nenek kembali, kali ni semua tak dapat tahan tangisan. maklum kerana cik nor anak perempuan bongsu nenek.

Anak Ija (adik edi).. aku panggil Afiq. 5 tahun, adik Afiq Syafiqah tak ikut…

Kematian itu satu kenyataan. Untuk arwah nenek, aku sedekahkan Al Fatihah untukmu. Hadirmu cukup memberi erti kerana aku hanya isteri cucumu tetapi nenek tetap menyayangi kami semua.

Dalam kenangan, Rasminah Binti Abd. Razak, 86 Tahun… 1 Jun 2008. Al-Fatihah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment »

Gambar Ekslusif… jeng jeng jeng..

Berkenalan 20hb Mac 1999. Berkawan 3 tahun..

Bertunang 8hb June 2002. Nikah 25hb July 2008.

Bersanding pada 9 & 10hb Ogos 2008.

Semoga hubungan tasya dan edi ini diberkati Allah dan semoga kekal ke akhir hayat. Aminn

 

Leave a comment »

Kitty, Nana dan adik2

Yang ini mama khususkan utk kitty, nana dan adik2 nana…

Hadirmu ku sambut girang

Keletahmu, lelahku hilang

Semakin hari semakin sayang

Apakan daya.. tetap ku buang…

tapi mama papa tetap sayang ngan korang….

 

Wakakakakaka.. pantun lagi uuuu

 

 

 

Comments (1) »