Masak

23 June 2008

Seharian Wanitamelayu.com problem.. error. Ape kena ntah, last2 aku layan blog.. kusyen pun dah dikeluarkan kat blog DRA. Balik dari keje, aku pergi Econsave beli sayur dan ayam. Nak masak ape hari ni ye? Nampak limau nipis teringat kesedapan Ikan Siakap Steam hari tu… huhuhu…

Aku pun ambik ayam dua ketul, halia, cili padi, bawang ade lagi kat rumah… emmm… apa lagi ye. cukup ler…  Balik rumah, terus solat… abih.. aku dok tgk Ezora. Dekat kul 7 jiran aku panggil ajak lepak jap.. uwaaa… baru nak rehat.. tapi jaga hati jiran ler.. kuar jap.. rupanya dia nak soh aku sambung langsir dia.. ooooo… rupanyaaaa…  alhamdulillah.. murah rezeki…

Lepas maghrib, aku bukak berita… wah… citer pasal budak 4 tahun tu ade lagi.. Negara Tanzania rupanya.. dia dah Islamkan ribuan orang… SubhanAllah… adakah ini petanda akhir zaman? Lagi satu berita buat aku tergelak… Kat Kota Bharu (New Castle-kawan aku kata)… kaum wanita tidak dibenarkan bergincu dan berkasut tumit tinggi yg boleh kuarkan bunyi… wakakakkakakaka..

Lepas solat Isyak aku kuarkan ayam yg aku beli tadi.. pastu layan citer Ali Din.. dah nak habih.. ok gak.. pastu sambung Impak Maksima… citer ni kan… 50% kat hospital… wakakkakaka

Abang balik pukul 10 baru aku start masak… abang suka masakan panas2… tu yg cepat naik badan dia.. huhuhuhu… aku punnnnn naik gakkkk…  Masak Ayam 3 rasa. Wallah!!

Ayam 3 rasa

  • Ayam potong kecil2
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Halia
  • Sedikit belacan
  • Cili padi hijau dan merah
  • Perahan limau nipis
  • Gula
  • Garam sedikit
  • Kiub Pati Ayam Knorrr

Ayam digaul dengan kunyit/serbuk kari/garam/tepung agromas. Digoreng.. Letak tepi… Tumis bawang putih, halia, bawang besar, cili padi dan sedikit belacan.. masukkan garam/gula dan air limau nipis. Didihkan dan masukkan kiub.  Masak sebentar…. dan boleh dihidangkan.

Lepas makan.. layan tv jap… tidurrr… selamat malam… ooopsss!! jap2 nak tepek gambo decoupage kat botol kak Ana bagi..

Sebelum

Selepas…

Oh ye.. ade sapa2 nak beli brooch dari saya? tolong orang jual ler…

yang ni satu set RM20

yg ni RM15.00

yang 6 set di atas ni… RM12.00/ set

MBB Account No: 162115914455 (Natasa Bt Mohd Johari)

Sila emel bukti bayaran.. harga dan warna  ke dyna_314@yahoo.com.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment »

Apa?

Hari sabtu, 21 Jun 2008 , tengahari..

abang call bg tau terkunci dalam bilik.. hahahhaa… tombol rosak. Terus balik rumah, tak makan kat umah mak. Kena kopak ler tombol tu.. pastu abang beli nasi ayam. Aku masuk opis lewat petang tu. Bos tanya, kenapa u lambat? edi terkunci… wakakaka… bos gelak…

Lepas Maghrib, aku goreng keropok leko yang aku beli dari kak zurita, dah goreng ku gaulkan dengan sambal cili. Terus masuk tupperware. Malam ni ade bacaan Yasin kat rumah Kak Ainon. Abang aku tinggalkan sedikit keropok leko. Aku datang masa tu dah ramai gak. Selesai bacaan yasin dan tahlil, tazkirah mengenai solat disampaikan ustazah rohana.  Aku dapat pengajaran, jangan lewat2 kan solat, dengar azan, atau teringat waktu solat dah masuk, terus solat.. Air Yasin ku bawa balik rumah, nak bagi embah minum, dah dua malam dia merepek ntah apa2.

Kak Ainon malam tu hidangkan kami dengan laksa, pulut kuning dan nasi himpit, rendang daging, nasi lemak. Nak balik kak ainon suruh tapau laksa. Aku pun tapau dan bawa ke rumah mak. Tengok cerekarama, cerita lakonan zizie ezzete dan wan hanafi su. Tidur.

Pagi, Ahad 22 June 2008.

Abang sampai rumah dulu. Abang ajak pergi sarapan lontong.. aku tolak.. dekat2 sini tak boleh ke? nak ke klang tu jauh, minyak lagi… hehehehe… pastu abang kata, takpe.. abang bayar minyak. Sampai2 aku tengok cam ramai sangat pulak kali ni… eh, ade dua tiga orang yang aku kenal.. eh.. tu Maizurah tu, eh… Mahmud Ali Bashah pun ade.. eh… Mior Hashim Manap pun ade… diorang ade shooting kot…

asyik nengok orangje sampai lontong pun aku tgk takde selera

Lontong Klang

Balik ke rumah.. lepas baca suratkhabar, abang tidur. Last dia tidur pagi.. Isnin dah keje pagi. Aku pun start kemas rumah, sapu2, mop.. sementara tunggu kain dalam mesin basuh tu.. aku pun start decopage botol2 yang kak ana bagi. Gambar? kamera tertinggal kat umah pulak… adusshhhh…

Pukul 3, siap2.. nak pergi makan kat tempat biasa, K4 ler mana lagi.. hahahaha, kakak wana ler katakan… hahahhahaha

Nasi Goreng Daging Goreng untuk abang

Nasi Goreng Thai untuk aku.

Lepas tu pergi umah PIL kat meru. Datang2 si Aishah dan Ikmal je yang ade, Aishah dah sarat dah.. tu pun keje lagi… naik motor…!! laki takmo hantor… PIL aku takde… gi mana ntah.. nanti kata aku tak datang, dah datang diorang tak de kat umah… gggrrrr… dah tau nak dtg gi kuar buat ape! Pukul 7 tak balik2 gak.. abang ajak balik..

Magrib, tgk berita, subhanAllah… ade satu berita menarik perhatian aku. Seorang budak masa umur 4 bulan dah pandai mengaji… 4 tahun dah lantang bagi khutbah kat orang ramai..

Malam tu shima mms gambar Nu Izzati kat tepon Edi. Mata sepet cam Shima.Montel… kalo digandingkan anak Shima, Umifb, dengan Cinta…  kalo aku kata kembar 3 mesti orang percaya… wakakakkaka

pipi nya tu rasa nak potong2 jer… pastu goreng kunyit… wakakakkaa

 

Sekian, tidur dengan mimpi indah…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments (2) »

Eg ke-3

buat kali ke-3 DRA menganjurkan Exchange Gift ke-3…

kali ni aku berpasangan dengan kak murni… ni yang kakmurni bagi aku… tgk gambar pun dah jatuh hati….

yg ni pulak.. khas untuk kak murni.. harap kak murni suke….

gambar penuh semua EG dalam blog DRA…

http://deroyalanggerik.blogspot.com

isnin nanti pukul 10.00… tungguuuuu

Leave a comment »

Banyak

Semalam, balik dari keje aku bergegas ke Shah Alam.. banyak barang aku bawa.. ambik dan hantar.. balik pun penuh jugak tangan aku… bawa kusyen shima, majalah kak azie bagi.. huhuhuhu.. Sebelum tu minum2 dengan kak aen, kak ida, kak zu, kak mas dan kak wana… hehehehhehe … wana ler..

Cinta pun ade!!.. eeiii.. geram nengok dia semalam… rasa nak picit2 budak tu… hehehhehee tapi tasya datang dia tengah mengantuk.. tapi bagus gak.. nanti dia biasa dengar keriuhan makcik2 dia… wakakakaka… biasalah DRA kan?

siapa DRA? http://deroyalanggerik.blogspot.com

 ni cinta tengah mengantuk

kak mas dukung…

kak mas, kak zu dan kak ida… cak!!

kak aen dan wana…..

huhuhuhu.. berkilat muka kena panas…

lepas maghrib sempat ler jugak buat dekopek jap..

perkataan ape yg sesuai utk benda ni… ? any suggestion?

Lapar perut… aku minta abang belikan nasi paprik kat umah jiranku…

fuh… sedap trang tang tang…. hehehhehee…

sekian….

 

 

 

 

 

 

Leave a comment »

Kenyang

Petang semalam, bos tak masuk langsung… best betul. Balik dari keje, aku ajak abang pergi Klang beli barang sikit. Abang ajak makan Pizza…  kongsi2… hehehehe…

Muka orang nak makan pizza…. hehehehhe

soup of the day….

Starzbites Pizza Hut Super Supreme…. walahhhh….

Pandangan atas… huhuhuhu.. lapar perut tiba2…

Malam… seperti biasa tidur rumah mak. Kak Ida order Pai Tee 50 pcs, beli tepung2 dan buat…

gambar tak amik.. bateri belum beli…

ok.. dah amik gambar… pai tee

 

sedap kalo makan dengan hirisan timun/lobak/udang geragau dan sos cili.. fuhhh….

sekian….

Leave a comment »

Kit Decoupage for beginner!

Sesiapa yang berminat dengan kit decoupage for beginner boleh buat bayaran dan emelkan bukti bayaran beserta Nama, Alamat dan No Telefon ke dyna_314@yahoo.com.my. Boleh Bank in ke Maybank akaun no: 162115914455 (Natasa bt Mohd Johari)

Kit mengandungi

  • Jubin – 2 pcs
  • Nota decoupage
  • Tissue bercorak
  • White gesso 15ml
  • Sealer 15ml
  • Varnish 15ml
  • Berus 2 pcs
  • Span
  • Aluminium paper

Harga: RM 30.00

Penghantaran poslaju tambah RM6.00.

Anda akan terima kit dalam masa 4 hari.

 

 

 

Leave a comment »

Mengantuk

Petang semalam, balik kerja aku ajak abang naik motor cari makanan. Lapar sangat rasanya. Masa nak keluar Cikgu Ima, jiranku yg duduk rumah dua tingkat datang nak pinjam kad leno. Aku pun berikan. Dah round satu kampung, takde juga yang aku nak.. Balik rumah, solat, pastu aku kuar lepak ngan jiran2 aku. Oh… rumah Kak Ainon ade baca Yasin minggu ni. Dah lama takde sejak cuti keputeraan Agong ari tu.

Takde keje… main telefon abang.

Maghrib, lepas solat.. aku bukak program Ala Carte. Minggu ni Julia Ziegler jemputannya. Pukul 8 aku ajak abang pergi pasar, dah lapar tahap ultraman ni. Aku fire abang kanggg… ! Ingat nak cari Nasi Lemak, dah terbayang2 sarapan hari Ahad hari tu camni

Sarapan hari Ahad hari tuu

Dah sampai pasar, rambang mata pulak.. semua nak makan. hahahahha.. Last2 beli Nasi Beriyani ngan Ayam Goreng.. roti Arab ngan kari ayam.. beli dua nak bagi mak. Balik.. kelam kabut makan, abang nak gi keje.. hahahhaa.. sib baik tak tersedak. Masa abang nak pergi kerja, dia peluk aku sambil cakap.. kita usaha lagi ye, abang tetap dengan tasya… uwaaa… kata2 tu buat aku menangis lagi…

Sampai rumah mak… mak tengah tukar2 channel tv.. aku tanya… kenapa? mak kata… dua2 citer sedap.. hahahhaha.. mak aku…  tv9.. akademi polis, tv2, tangisan bulan madu. Aku baring2 terus tertidur. Pukul 11 mak kejut.. Ja!! masuk bilik.. Haa… orang nak tgk Intan Asmara..  Mak kata, dah habis…Laaa… nape mak tak kejut oranggg… huhuhuhu…

Masuk bilik… terus pengsan.. penangan nasi beriyani.. sungguh kuat.

Sekian untuk hari ini.

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.